UN9 luah kekecewaan dengan Negeri Sembilan FC yang didakwa tiada hala tuju walaupun sudah berusia 100 tahun

1,065

Selepas mengharungi musim yang agak cemerlang pada tahun lalu, Negeri Sembilan FC (NSFC) tampak seperti hilang arah pada musim ini apabila gagal mengulangi kecemerlangan mereka apabila kini sekadar berada di kelompok bawah Liga Super.

Dengan saingan liga memasuki pusingan kedua untuk musim ini, NSFC kini berada di kedudukan kesembilan liga dengan hanya empat kemenangan, sembilan seri dan enam kekalahan membuatkan penyokong kelab itu berang dengan pengurusan kelab.


Jang Hobin merupakan antara salah sebuah kelab tertua di negara yang mana pada tahun ini mereka menyambut ulang tahun ke-100 mereka.

UN9 menerusi laman Twitter mereka meluahkan rasa kekecewaan mereka dengan berkata; ‘100 tahun yang masih tanpa hala tuju’ selepas NSFC tewas 2-0 kepada pasukan tercorot liga iaitu Kelantan FC baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan mereka, UN9 nyata kecewa apabila pengorbanan mereka menempuh perjalanan panjang namun terpaksa pulang hampa apabila pasukan kesayangan gagal membawa pulang tiga mata.

“Apa yang cuba di sampaikan di dalam padang sehingga gagal mendapat tiga mata pada pasukan tercorot liga? Adakah terus hanyut? Jika mahu hanyut biar mereka yang tidak memberi impak sahaja tapi jangan lambang yang kamu bawa bersama.”

Tambah mereka lagi, dengan baki perlawanan tinggal tujuh perlawanan menentang pasukan yang konsisten apakah sasaran mereka dan apa yang perlu diperbaiki untuk kembali dapat beri saingan.

Mereka turut kesal apabila sehingga kini tiada jalan penyelesaian apabila NSFC lemah dari pelbagai aspek dan gagal menepati janji untuk menang pada perlawanan di tempat sendiri.

Susulan itu, UN9 dengan nada keras menyeru kepada barisan pengurusan tertinggi dan barisan kejurulatihan untuk tidak melepaskan tangan sebaliknya bertanggungjawab ke atas prestasi hambar pasukan.

“Kepada CEO, BOD, Management dan Coach, jangan buat-buat bodoh! Kalau rasa diri tu bodoh tak boleh nak bawa pasukan, sila berambus kalau dah tak ada jiwa untuk pasukan.

“Cari duit di tempat lain, pasukan ini untuk kebangsaan bukan untuk kamu semua rosakkan.”

Suka atau tidak, itulah realiti perit yang terpaksa dihadapi oleh penyokong NSFC terpaksa hadapi sepanjang musim ini apabila mereka menjadi ‘lubuk’ tiga mata untuk pasukan lain.

Diharap dengan luahan kekecewaan oleh UN9 akan membuka hati dan mata pihak pengurusan untuk melakukan perubahan dengan kebaikan pasukan.