Rayuan FIFA gagal! Kelantan FC perlu bersedia jatuh ke Liga M3 jika import baharu kekal tak dapat turun

349

Kelab Kelantan FC perlu bersedia dan menerima hakikat sekiranya kelab itu bakal jatuh dan turun semula ke liga divisyen bawahan iaitu Liga M3 pada musim hadapan kerana prestasi yang masih tidak konsisten ketika ini.

Berikutan dijangkakan bakal kehilangan empat tonggak import yang baru sahaja dibawa masuk pada jendela perpindahan kedua tempoh hari, semestinya akan menganggu rentak permainan kelab dari Pantai Timur itu untuk menghadapi saingan berbaki enam perlawanan lagi.


Kelantan yang sebelum ini sudah diberikan lampu hijau untuk membeli pemain baru selepas menerima sekatan perpindahan, jelas masih tidak dapat menurunkan para pemain tersebut dalam aksi perlawanan Liga Super.

Hal ini kerana rayuan yang dilakukan menerusi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk mendaftarkan empat pemain baru tersebut kepada oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) telah ditolak.

Tambahan pula, sekiranya kelab itu terpaksa menggunakan pemain-pemain sedia ada sahaja untuk meneruskan baki perlawanan pasti akan memberikan kesan kepada pasukan kerana kualiti pemain yang rata-ratanya masih terdiri daripada pemain yang masih muda dan tidak berpegalaman.

Ia terbukti dengan kekalahan besar pasukan itu di tangan musuh setempat iaitu Terengganu FC 8-0 pada perlawanan Liga Super semalam.

Kelab tersebut hanya berjaya mencatatkan dua kemenangan sahaja setakat ini dalam saingan Liga Super, dan baki perlawanan yang ada dilihat sukar buat mereka mencatatkan keputusan lebih baik.

Dengan kedudukan kini berada di tangga kedua terakhir dalam liga, serta hanya berjaya memperolehi dua kemenangan sahaja sebelum ini, baki saingan yang akan menentang kelab besar seperti Selangor FC, Kedah FC, dan Sabah FC pasti akan menambah beban kelab itu untuk terus bertahan.

Sebarang kebarangkalian perlu diterima oleh kelab The Red Warriors itu kerana tanpa pemain yang berkualiti pasti akan menyukarkan para pemain untuk memberikan prestasi terbaik ketika bersaing memperbaiki kedudukan mereka daripada tersingkir daripada liga.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen