Kadang-kadang jadi penyerang ada masa di tengah, K.Devan minta saya siap sedia sahaja-Mahali Jasuli

28

Bekas tonggak pertahanan kebangsaan, Mahali Jasuli akur dengan keputusan jurulatih K.Devan yang meletakkannya bermain sebagai penyerang selepas beberapa tonggak serangan mereka terpaksa direhatkan akibat kecederaan.

Mahali dalam perlawanan menentang Kelantan United malam ini memberi persembahan yang memukau apabila berjaya menghasilkan dua bantuan jaringan sekaligus melayakkan pasukan Negeri Sembilan FC ke peringkat seterusnya menentang JDT.


Beliau yang lebih arif di bahagian tengah terpaksa mengikut percaturan jurulatih K.Devan meletakknya sebagai penyerang selepas terpaksa mengeluarkan tonggak penyerang mereka iaitu Cassagrande yang dilihat terhincut-hincut sejurus menjaringkan gol di awal permainan.

“Jurulatih K.Devan sebelum ini memang selalu pesan pada saya supaya siap sedia untuk bermain di pelbagai posisi kadang-kadang sebagai penyerang ada kalanya di bahagian tengah bergantung kepada keadaan pasukan yang mana dalam beberapa perlawanan sebelum ini penyerang seperti Shahrel Fikri dan hari ini Cassagrande cedera, oleh sebab itu ada waktu saya akan diturunkan sebagai penyerang,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Selain itu, Mahali yang sudah bermain sejak awal musim ini bersama Negeri Sembilan FC akui beliau mengalami sedikit kesukaran tatkala bermain di bahagian penyerang memandangkan dalam kancah liga kita sudah menjadi lumrah posisi tersebut diisi oleh pemain import.

“Kita tahu dengan keadaan pasukan yang tidak mempunyai import sepenuhnya, untuk saya secara peribadi ada turun naik juga, saya tahu bukan senang untuk bermain sebagai penyerang dan kita semua tahu kalau di pasukan lain penyerang import yang bakal mengisi tempat tersebut,”

Bakal berhadapan dengan juara bertahan JDT pada pusingan seterusnya, Mahali tidak mahu melihat perbezaan yang sudah tentu memihak kepada gergasi Selatan tersebut selain ingin rakan sepasukannya kekal fokus dan buat yang sehabis baik.

“Dalam bola sepak apa juga boleh terjadi, kita tahu JDT memang satu pasukan yang kuat dan jika dibandingkan pemain Negeri Sembilan FC dengan JDT sudah pasti jauh sekali berbeza tetapi dengan semangat pemain yang ad akita akan cuba yang terbaik,”