Kami akan cuba menerima kekurangan pasukan untuk dijadikan sebagai kelebihan – Muhammad Syazani

143

Dalam sesi terakhir sebelum persiapan ke Kejohanan Dunia Paintball 2023 di Paris, Muhammad Syazani meletakkan sasaran untuk menjadi juara pada kejohanan tersebut walaupun berisan pemain yang akan bertolak ke Paris itu nanti baru pertama kali bersama pasukan.

“Sasaran kami semestinya menjadi juara tetapi kami tahu lawan yang menunggu kami kelak lawan yang hebat dari Eropah. Kami akan berikan yang terbaik di sana nanti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Syazani juga positif akan pasukannya mampu memberikan saingan dengan kelebihan setiap ahli pasukan yang ada kerana sudah hampir setahun pasukan tersebut dibentuk daripada pelbagai latar pasukan yang berbeza untuk mewakili Malaysia.


“Sudah setahun pasukan ini dibentuk, kami akan cuba menerima kekurangan pasukan untuk dijadikan sebagai kelebihan.”

Dengan insiatif tersendiri dari pasukan tersebut untuk mencari penaja sebelum bermain di kejohanan besar itu, Syazani berharap di masa akan datang pihak Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) juga akan memberikan sokongan serta bantuan kepada pasukannya itu.

“Kami tahu sukan Paintball bukan sukan teras di Malaysia, Jadi kami harap di masa akan datang pihak KBS dapat memberikan bantuan dan sokongan. Tak kiralah dari segi dana atau apa jenis bantuan sekalipun.”

Beliau merasakan dengan wujudnya banyak Liga Paintball pasti memudahkan masyarakat luar untuk mengetahui dengan lebih mendalam berkenaan sukan Paintball di Malaysia justeru boleh menarik minat orang ramai untuk menyertai komuniti Paintball agar terus berkembang.

“Saya tahu komuniti Paintball tidak besar tetapi kami mempunyai liga sendiri dari divisyen satu sehingga divisyen empat.”