Kami mahu teruskan momentum kemenangan hingga akhir musim – Haswanis Che Hassan

79

Pembantu ketua jurulatih KL Rovers FC, Haswanis Che Hassan mahu mengekalkan momentum kemenangan sehingga ke hujung musim bagi memastikan pasukan itu menjulang trofi Liga MBSB Bank Championship 2023.

Buat masa ini, KL Rovers mendahului Liga MBSB Bank Championship 2023 dengan 39 mata, dipisahkan dua mata dengan Harini Selangor FT di tangga kedua yang bermain satu perlawanan lebih.


“Syukur kita berjaya catatkan kemenangan pada perlawanan hari ini, kita akan teruskan momentum yang kita ada dalam sesi latihan dan juga perlawanan selepas ini.

Kita akan menentang Sarawak United pada perlawanan seterusnya, jadi kita mahu dapatkan kemenangan lagi,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan menentang Melaka FC yang menyaksikan pasukannya menang 3-1.

Sehingga perlawanan ke-15, KL Rovers buat masa ini masih belum mencatatkan sebarang kekalahan.

Dalam pada itu, beliau berharap pasukannya mampu melakukan yang terbaik pada saingan Piala Cabaran MFL selepas tersingkir pada Piala Malaysia tempoh hari.