Harap dapat kembali ke JDT semula satu hari nanti – Ikmal Idris

308

Pemain KL Rovers FC, Ikmal Idris memasang Impian untuk kembali ke Johor Darul Ta’zim (JDT) satu hari nanti.

Beliau sebelum ini pernah bermain dengan skuad JDT III pada 2018, sebelum berpindah ke pasukan Liga MBSB Bank Championship 2023, PIB FC.


Katanya, sekiranya ada pasukan Liga Super yang berminat untuk mendapatkan khidmatnya musim depan, beliau akan mempertimbangkan perkara itu

“Tahun depan jika ada pasukan Liga Super yang panggil, saya akan pertimbangkan, jika KL Rovers layak ke Liga Super, mungkin saya akan lihat tawaran yang labih menarik.

Dalam karier pula jika dapat kembali ke pasukan JDT satu hari nanti memang saya nak,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Katanya selepas tewas pada aksi Piala Malaysia di tangan Terengganu FC tempoh hari, mereka tekad bangkit untuk terus meneruskan kecemerlangan dalam saingan Liga MBSB Bank Championship 2023.