JDT di tahap yang berbeza, tetapi pasukan di bawah begitu kompetitif – Pedro Hipolito

323

Ketua jurulatih Melaka FC, Pedro Hipolito mengakui bahawa Liga Super mempunyai saingan yang baik, namun menyifatkan Johor Darul Ta’zim (JDT) berada di tahap berbeza.

Katanya, bola sepak di Malaysia mempunyai ramai pemain yang baik dari segi teknikal, ditambah dengan pemain import yang berkualiti.


“Saya rasa Malaysia ada pemain dengan kualiti teknikal yang baik, Liga Super mempunyai pasukan-pasukan yang bagus, JDT berada di tahap yang berbeza tetapi pasukan lain kompetitif.

Di Liga MBSB Bank Championship 2023 pula ada dua pasukan yang baik iaitu Harini Selangor FT dan KL Rovers FC yang lebih baik daripada lain,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata bahawa beliau datang ke Melaka kerana tertarik dengan projek pasukan itu untuk membina sesuatu daripada bawah.

Katanya, sasaran yang ditetapkan oleh pihak pengurusan kepadanya pada musim ini adalah naik ke Liga Super.

“Saya datang ke sini kerana projek yang ditunjukkan oleh pihak pengurusan, untuk membina pasukan yang tiada apa-apa menjadi sesuatu.

Pasukan ini baru 8 bulan ia memerlukan struktur yang kukuh dari bawah untuk menjadi pasukan yang kukuh pada masa depan.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen