Syazwan Zaipol optimis Melaka FC masih mampu kejar tempat ke Liga Super 2024

185

Pemain Melaka FC, Syazwan Zaipol optimis pasukannya masih lagi mampu mengejar kedudukan dua teratas Liga MBSB Bank Championship 2023 untuk layak ke Liga Super.

Katanya, sasaran yang diletakkan oleh pihak pengurusan adalah untuk ke Liga Super 2024 jadi mereka harus terus mengejar kedudukan pasukan-pasukan di atas.


“Kalau ikutkan sasaran pihak pengurusan adalah untuk layak ke Liga Super jadi kita akan cuba yang terbaik sedaya upaya untuk terus perbaiki.

Bagi saya semua pasukan masih lagi mampu mengejar kedudukan dua teratas, jadi kami harus fokus untuk itu,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Beliau berkata demikian selepas pasukannya tewas 3-1 kepada pendahulu liga, KL Rovers FC sebentar tadi.

Mengenai perlawanan tersebut, Syazwan berkata bahawa mereka tidak memanfaatkan peluang-peluang yang dicipta, menyebabkan gagal mendapatkan kemenangan.

Tambahnya, pada perlawanan seterus, para pemain harus lebih tenang dan perbaiki kesilapan supaya dapat mengembalikan momentum kemenangan.