Fans Indonesia bengang Exco PSSI kritik Shin Tae-Yong

3,921

Penyokong pasukan kebangsaan Indonesia, melancarkan kempen hashtag #HarunaOut di laman Twitter setelah Exco PSSI, Haruna Soemitro mengkritik prestasi jurulatih dari Korea Selatan, Shin Tae-Yong itu sama sahaja seperti yang dicapai oleh Luis Milla sebelum ini.

Penyokong timnas Indonesia menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap Exco PSSI yang juga merupakan pemilik kelab Madura United FC yang mempersoalkan tentang pencapaian Tae-Yong adalah pencapaian yang biasa sahaja dan dianggap gagal walaupun telah melebihi target yang diletakkan PSSI kepada beliau sebelum ini.


Susulan komen Haruna yang menganggap Tae-Yong adalah gagal, hashtag #HarunaOut pun berleluasa dan sempat trending di Twitter. Fans turut membidas tentang komen Haruna adalah sesuatu yang tidak berasas kerana menganggap setiap kejayaan memerlukan proses. Malah penyokong Indonesia turut memberi sepenuh kepercayaan terhadap kredibiliti pengendali dari Korea Selatan itu.

Fans juga mengambil kesempatan ini untuk memerli Haruna dan PSSI untuk membetulkan dahulu liga 1 yang dianggap masih ‘huru-hara’, susulan Haruna yang pernah dikaitkan terlibat dengan isu match fixing beberapa tahun yang lalu. Oleh itu, fans mula mempersoalkan kapasiti beliau untuk mengkritik jurulatih import itu.

Situasi ini turut mengundang rasa jelik penyokong bolasepak Indonesia tentang campur tangan Exco yang tidak sepatutnya berlaku. Malah mereka mengatakan tidak terkejut jika Tae-Yong tiba-tiba mengundurkan diri kerana tidak selesa ‘diganggu’ pihak lain dalam melaksanakan tugasnya.

Penyokong Indonesia yang merasa sakit hati dengan tindakan Haruna yang dianggap telah memperlekehkan jasa Tae-Yong yang bersungguh-sungguh berjuang untuk Garuda dan meminta agar ketua PSSI ‘menegur’ Haruna yang tidak menunjukkan sikap yang baik sebagai seorang Exco.