Kim dan Kim: Pan-gon dan Hak-bum, siapa paling sesuai?

2,073

Kim Pan-gon dan Kim Hak-bum adalah antara dua dari empat nama terbaru yang disenaraikan sebagai bakal pengendali skuad bolasepak negara.

Kedua calon yang berasal dari Korea Selatan itu dikatakan antara yang paling sesuai menggalas tugas tersebut berbanding Park Jin-seop dan Kim Byung-soo.


Mengapa agaknya FAM menyenarai pendekkan calon yang berasal dari Korea Selatan? Apa kelebihan yang mereka lihat dari dua calon ini? Adakah FAM mengikut jejak langkah negara jiran melihat pada kejayaan Shin Tae-yong dalam mengemudi pasukan Indonesia? Tapi, terjaminkah akan tiada campur tangan dari pihak FAM seperti yang sedang berlaku kepada Shin Tae-Yong ketika ini?

Kim Pan-gon merupakan pemegang Diploma Kejurulatihan Bolasepak Profesional AFC dan kini memegang jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Penyeliaan skuad kebangsaan Korea Selatan. Mengikut rekod, beliau juga merupakan bekas jurulatih pasukan Hong Kong dan Hong Kong B-23. Selain itu, Kim Pan-gon juga pernah bersama kelab Gyeongnam FC sebagai pembantu pengurus. Tiada pencapaian yang begitu memberangsangkan.

Manakala Kim Hak-bum, pernah menjadi pembantu pengurus mengendalikan kelab amatur di Korea yang bernama Kookmin Bank FC. Beliau juga pernah menjadi jurulatih kelab Seongnam Ilhwa dan kemudiannya dilantik menjadi pengurus. Rekod terkini beliau adalah pengurus pasukan kebangsaan Korea Selatan bawah 23 tahun dan pernah membawa pasukan itu memenangi pingat emas di Sukan Asia B-23 2022 dan Kejuaraan AFC B-23 pada tahun 2020.

Sejauh mana kebolehan dua calon ini untuk membawa pasukan kebangsaan pergi lebih jauh? Hal ini menjadi persoalan kerana penyokong bolasepak tanah air mendapat tahu bahawa fans Hong Kong pernah melancarkan slogan #KimOut yang mendesak Kim Pan-gon untuk meletakkan jawatan akibat prestasi buruk di pusingan akhir kelayakan Piala Asia AFC 2019.

Melihat potensi Kim Hak-bum pula, kebolehannya memimpin skuad B-23 Korea Selatan membolehkan beliau menggilap beberapa pemain muda yang kita ada dan menerapkan disiplin dalam kalangan pemain. Malah, Shin Tae-yong juga pernah berada di bawah pimpinan beliau.

Lantas antara dua calon ini, kebanyakan penyokong skuad kebangsaan memilih Kim Hak-bum. Namun, keputusan tersebut masih terletak di tangan barisan kepimpinan FAM. Walau bagaimanapun, fans masih bertegas dengan FAM agar tiada lagi ‘tangan ghaib’ yang terlibat dalam pengurusan skuad kebangsaan selepas ini dan membenarkan jurulatih untuk memilih sendiri barisan kejurulatihan yang diinginkannya.

Antara fans yang menyokong pemilihan Kim Hak-bum

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen