Pengurus Everton: Martinez atau Rooney?

95

Rafa Benitez menjadi pengurus kelima yang dipecat Everton dalam tempoh enam tahun era pemilikan Farhad Moshiri.

Moshiri yang sebelumnya adalah orang yang paling mempercayai Benitez tidak mempunyai pilihan lain selain memecat pengurus pasukan dari Sepanyol itu.


Susulan kekalahan memalukan 2-1 di Norwich menyebabkan Everton menduduki tangga ke-16 liga, hanya enam mata di atas zon penyingkiran. Lantas, Moshiri dikatakan sedang mempertimbangkan untuk bertemu semula dengan Roberto Martinez yang pernah dipecat beliau pada tahun 2016.

Martinez yang dikhabarkan ingin ‘dilamar’ semula oleh Moshiri

SunSport mendedahkan bulan lalu bahawa pengurus Derby, Rooney akan menjadi sasaran sekiranya khidmat Benitez ditamatkan dan terdapat sokongan barisan lembaga pengarah kelab untuk membawa semula bekas penyerang itu ke kelab yang dianggap ‘rumah’nya. Legenda Manchester United dan England itu dipercayai menerima baik idea tersebut.

Namun muncul pula khabar angin bahawa Rooney dikatakan ingin komited bersama Derby County untuk membawa pasukan tersebut keluar dari zon penyingkiran Liga Kejuaraan yang ketika ini berada di tiga tangga terakhir. Adakah Martinez akan bersetuju dengan tawaran kedua dari Moshiri?

Rooney turut dikhabarkan bakal menggantikan tempat Benitez. Sumber foto : Instagram Wayne Rooney

Jadi, siapa calon paling sesuai untuk menggantikan kekosongan yang ditinggalkan Benitez yang kini dipegang sementara oleh Duncan Ferguson?

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen