Fans ‘terkejut’ lihat persediaan pra-musim KL City?

352

Penyokong skuad anak kota dikejutkan dengan ‘khabar angin’ mengenai skuad KL City musim ini bakal ditaja oleh sebuah jenama yang tidak dikenali dari Indonesia.

Malah lebih mengejutkan, mereka membuat persiapan pra-musim di sebuah padang kecil di ibu kota dan bukannya di padang KLFA seperti yang sepatutnya.


Fans KL City mula mempersoalkan mengapa pengurusan pasukan seolah-olah ‘downgrade’ dan bukannya malah mendapatkan penaja yang lebih baik bagi musim baru yang dianggap musim besar bagi KL City. Kemenangan mereka menjulang Piala Malaysia musim lalu, membuatkan kebanyakan pihak kini meletakkan ‘high expectation’ kepada pasukan anak kota itu.

Musim lalu, KL City memilih jenama Puma sebagai penaja rasmi kit pasukan mereka. Setelah bergelar juara Piala Malaysia dan melayakkan diri ke AFC musim ini seharusnya KL City mempunyai ‘value’ yang lebih tinggi untuk mendapatkan jenama terkemuka. Apakah tawaran yang diberikan penaja tersebut kepada pasukan KL City sehinggakan mereka menerima tawaran tersebut?

Persoalan yang diajukan fans mengenai KL City

Jika KL City memilih untuk bersederhana sekalipun, mengapa tidak memilih untuk menyokong jenama tempatan? Malah dikatakan pengurusan KL City masih ‘berahsia’ mengenai perkara tersebut. Seharusnya fans berhak diberi bayangan tentang rekaan dan bentuk kerjasama yang sedang dirancang KL City bersama bakal penaja.

Berkenaan padang latihan yang dikhabarkan adalah sebuah padang mini di tengah ibu kota, mengundang persoalan penyokong di mana fasiliti padang yang lebih baik sepatutnya diberikan DBKL seperti padang KLFA di Taman Melati ataupun padang latihan KLFA Pudu Ulu? Adakah ini sementara atau sebaliknya?

Penyokong ingin tahu akan perancangan sebenar KL City. Kebanyakan dari mereka sudah memasang impian untuk ke Asia bersama pasukan, namun jika hanya ini persediaan yang ditunjukkan KL City, fans pastinya merasakan pengurusan seolah-olah tidak bersungguh-sungguh dan serius dalam mempersiapkan pasukan ke Piala AFC 2022 musim ini.