Mo Salah tiada dalam senarai FIFPro Lelaki Dunia XI

343

Majlis anugerah The Best FIFA 2021 baru sahaja berlangsung awal pagi tadi yang mana senarai FIFPro Lelaki Dunia XI turut diumumkan namun ia menjadi perhatian apabila penyerang sensasi Liverpool, Mo Salah tiada dalam senarai itu.

Pemain terkenal dunia seperti Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Erling Haaland, Robert Lewandowski, Gianluigi Donnarumma, David Alaba, Ruben Dias, Leonardo Bonucci, Jorginho, N’Golo Kante dan Kevin De Bruyne berada dalam FIFPro Men’s World XI tahun ini.


Ketiadaan penyerang dari Mesir itu menjadi tanda tanya peminat berikutan beliau masih lagi menjadi penyerang berbisa untuk pasukan Liverpool dengan menjaringkan 13 gol dalam 15 perlawanan untuk musim ini.

Sumber foto: Fifpro

Dalam pada itu, penyerang Bayern Munich dari Poland, Robert Lewandowski merangkul gelaran Pemain Terbaik FIFA manakala kapten Barcelona, Alexia Putellas pula dipilih sebagai pemenang bagi kategori wanita.

Sumber foto: Bundesliga

Bekas pemain sayap Tottenham Hotspur, Erik Lamela pula berjaya membawa pulang trofi Puskas selepas menjaringkan gol menakjubkan ketika bertemu Arsenal musim lalu.

Chelsea juga tidak terlepas apabila berjaya menggondol dua anugerah jurulatih terbaik dengan Thomas Tuchel untuk kategori lelaki manakala Emma Hayes dipilih jurulatih terbaik wanita.

Kegembiraan kelab Barat London itu berterusan apabila penjaga gol mereka dari Senegal, Edouard Mendy turut berjaya dinobat sebagai Penjaga Gol Lelaki Terbaik.

Sumber foto: Cristiano Ronaldo Instagram

Dalam pada itu, pemain Manchester United, Cristiano Ronaldo turut tidak ketinggalan apabila beliau membawa pulang Anugerah Istimewa selepas mencipta rekod jaringan antarabangsa terbanyak untuk negaranya Portugal dengan menjaringkan 115 gol dalam 184 penampilannya.

Jaringan Ronaldo telah mengatasi rekod jaringan 109 yang dipegang oleh pemain Iran iaitu Ali Daei sebelum ini.

Berikut adalah senarai penuh pemenang The Best FIFA 2021:

Anugerah Istimewa – Christine Sinclair

Anugerah Penjaga Gol Lelaki Terbaik – Edouard Mendy

Anugerah Penjaga Gol Wanita Terbaik – Christiane Endler

Anugerah Puskas – Erik Lamela

Anugerah Fair Play – Denmark national football team

Anugerah Jurulatih Wanita Terbaik – Emma Hayes

Anugerah Jurulatih Lelaki Terbaik – Thomas Tuchel

Anugerah Pilihan Peminat – Denmark dan Finland

FIFPro Wanita Dunia XI – Endler; Bronze, Bright, Renard, Eriksson; Banini, Lloyd, Bonasera; Marta, Morgan, Miedema.

FIFPro Lelaki Dunia XI – Gianluigi Donnarumma, David Alaba, Ruben Dias, Leonardo Bonucci, Jorginho, N’Golo Kante, Kevin De Bruyne, Cristiano Ronaldo, Erling Haaland, Robert Lewandoski, Lionel Messi.

Pemain Wanita Terbaik – Alexia Putellas

Pemain Lelaki Terbaik – Robert Lewandowski

Anugerah Khas jaringkan 115 di peringkat antarabangsa – Cristiano Ronaldo