Koh Lee Peng tidak terima bantuan bulanan seperti yang diuar-uarkan?

402

Susulan isu viral di media sosial mengenai bekas atlet para negara, Koh Lee Peng yang menjadi bualan orang awam yang mempersoalkan di mana peranan pihak berwajib dalam isu ini?

Namun apa yang mengejutkan apabila ditanya mengenai bantuan yang beliau terima, Lee Peng menafikannya.


“Saya nak jelaskan di sini saya tidak menerima apa-apa bantuan bulanan RM300, orang ingat saya masih dapat walhal tidak”

Katanya kepada Harimau Malaya

Hal ini menimbulkan tanda tanya kerana Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) memberi pernyataan bahawa mereka memberikan bantuan bulanan sebanyak RM300. Walaubagaimanapun, Lee Peng tidak menafikan beliau pernah menerima bantuan one-off sebanyak RM5,000 dari yayasan tersebut.

Dalam masa yang sama, ditanya mengenai mengapa beliau menolak beberapa tawaran kemahiran yang diberikan pihak Yakeb, beliau punya alasan tertentu mengenai perkara tersebut.

“Kenapa bila saya sesak, tiada siapa nak bantu saya tetapi bila saya sudah rasa stabil, baru mereka nak kalut bantu dengan carikan kerja untuk saya. Saya dah fed up nak bekerja dengan orang, sebab tak semua yang faham situasi OKU. Tambahan pula saya tak pandai membaca dan menulis. Umur saya pun sudah meningkat, saya sudah tidak berminat nak bekerja dengan orang.” 

Melihat reaksi dan keadaan diri Lee Peng, beliau seakan-akan sudah lelah dengan persoalan dari pihak tertentu tentang mengapa beliau memilih untuk melakukan kerja berniaga di kaki lima bersama Pertubuhan Amal ODP Pulau Pinang. Malah yang lebih menyedihkan, beliau dipersoal apabila melakukan kerja tersebut dengan memakai jersi kebangsaan.

Lee Peng bersama Presiden Pertubuhan Amal ODP ditemui ketika mereka berniaga di suatu kawasan di daerah Bukit Bintang menjual barang kraftangan. Hasil dari jualan tersebut akan disalurkan semula untuk membantu orang kelainan upaya (OKU). Lee Peng sendiri mengakui selesa untuk melakukan kerja tersebut kerana memberi kelebihan dan kepuasan kepada dirinya.

“Saya pernah bekerja di sebuah sekolah OKU, namun dipersoal setelah saya kembali dari bersama kontinjen negara, mereka meminta saya untuk menandatangi kontrak dan saya tidak mahu. Lagipun dengan persatuan ini saya boleh belajar banyak perkara baru.”

Ujarnya lagi kepada Harimau Malaya

Dalam masa yang sama beliau menegaskan terbuka untuk menerima bantuan asalkan bukan sekadar ‘cakap kosong’ sahaja. Lee Peng juga berkata beliau akan tetap melakukan kerja tersebut walaupun dipersoal oleh ramai pihak. 

“Walaupun saya OKU tapi saya ada mata ada tangan, kenapa mereka begitu jijik dengan saya? Tak mahu tolong sudah, mulut diam. Kadang saya pun boleh rasa down tapi saya perlu kuatkan semangat juga.”

Ujar Lee Peng penuh emosi

Lee Peng turut berharap agar ada individu sudi menyokong dari belakang beliau kerana usianya yang sudah tua dan tenaga yang tidak sekuat dulu lagi.

Tonton video penuh sesi temubual bersama bekas atlet paralimpik negara, Koh Lee Peng di YouTube Harimau Malaya