Saya tidak boleh dibandingkan dengan Kevin Ray Mendoza – Suhaimi Husin

236

Penjaga gol Terengganu FC, Suhaimi Husin menjelaskan bahawa beliau tidak mahu dibanding-bandingkan dengan penjaga gol pasukan lain dan beliau janji akan buktikan kualiti sebenar dalam setiap perlawanan diturunkan.

Suhaimi yang memberikan peersembahan cemerlang malam ini berjaya mengekang segala asakan dan serangan ke arah pintu gol Terengganu FC yang menyebabkan mereka berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia untuk bertemu KL City FC.


Menentang KL City selepas ini, Suhaimi menegaskan bahawa beliau hanya mahu fokus untuk menampilkan persembahan terbaik selain tidak mahu dibandingkan dengan Kevin Ray Mendoza yang sudah diketahui umum tahap penjaga gawang pasukan kebangsaan Filipina itu.

“Saya tidak boleh bandingkan dengan Kevin kerana beliau seorang penjaga gol terbaik juga dan saya sendiri akan tunjukkan kualiti saya yang sebenar nanti,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Menurut jurulatih Terengganu FC iaitu Tomislav Steinbruckner, prestasi Suhaimi semakin hari semakin baik dan beliau selayaknya berada di dalam pasukan kebangsaan.

Suhaimi memberitahu bahawa beliau sememang mempunyai impian untuk bermain bersama skuad kebangsaan di samping untuk merealisasikan impian itu beliau mahu berikan yang terbaik dalam setiap perlawanannya.

“Saya akan cuba buat yang terbaik untuk membuktikan serta merealisasikan apa yang dikatakan oleh jurulatih saya itu,”

Dua perlawanan diturunkan dan hanya dibolosi satu gol, Suhaimi sememangnya dilihat berada di puncak prestasinya namun bagi beliau ini baru sahaja permulaan dan masih belum berpuas hati dengan apa yang ditunjukkan di atas padang.

“Bagi Suhaimi sendiri masih belum cukup berpuas hati dan banyak perkara yang perlu diperbaiki untuk mencapai tahap kemuncak seperti dikatakan.”