Proses naturalisasi saya masih lagi tertangguh dan kita sedang menunggu keputusan dari Putrajaya – Argzim Redzovic

351

Pemain pertahanan Terengganu FC, Argzim Redzovic menjelaskan bahawa proses naturalisasinya masih lagi tertangguh dan belum terima maklum balas daripada Putrajaya berkenaan status permintaannya.

Argzim yang ditemubual memberitahu bahawa kini Terengganu FC sedang giat berbincang bersama Kementerian Dalam Negeri (KDN) berkenaan proses naturalisasinya yang sehingga kini masih belum bertemu titik noktah.


“Proses naturalisasi saya masih lagi tertangguh dan kita sedang menunggu keputusan dari Putrajaya selain Terengganu masih lagi berbincang dengan KDN,”

Beliau yang telah bermain di Liga Malaysia selama enam tahun tidak mahu berputus asa dan mengharapkan tahun depan akan mendapat khabar berita yang baik tentang prosesnya itu.

“Kalau ada rezeki tahun depan berjaya ia merupakan satu berita baik untuk Terengganu dan saya sendiri jadi saya harap satu hari nanti selepas penantian selama tujuh tahun akan berbuahkan hasil, InshaAllah,”

Argzim yang turun pada penghujung babak kedua perlawanan bersyukur masih diberi peluang untuk membantu pasukan Terengganu menewaskan Selangor FC dan menyifatkan bahawa kombinasi pemain-pemain tempatan di barisan pertahanan sangat baik.

“Saya sangat gembira melihat barisan pemain pertahanan Terengganu malam ini yang semuanya pemain tempatan dan saya melihat mereka menujukkan kualiti yang baik disamping turut bersyukur dapat turun membantu barisan pemain muda ini,”

Terengganu kini merupakan pasukan yang konsisten sehingga tidak mengalami sebarang kekalahan dalam tempoh 10 ke 11 perlawanan yang mereka mainkan baik di peringkat liga mahupun antarabangsa.

Argzim yang sudah bermain beberapa tahun bersama Terengganu akui pada awalnya agak sukar untuk mereka beradaptasi dengan corak permainan jurulatih pemain-pemain import baru namun kini mereka terbukti sudah serasi dan gagah.

“Tahun ini kita dapat jurulatih dan pemain-pemain baru jadi agak sukar pada awalnya namun selepas tewas kepada JDT kita sudah tiga ke empat bulan tidak kalah serta saya harap kita dapat teruskan momentum ini apabila jumpa Selangor dalam perlawanan seterusnya.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen