Memang cita-cita tinggi tapi nak cari penaja sukar, world ranking memang boleh kejar – Muhammad NurFirdaus

167

Sejak dibuka pada 2005, Akademi Badminton Azman Amman telah melahirkan ramai bakat-bakat baharu dalam dunia badminton negara.

Selain itu, akademi itu turut menjadi tumpuan buat pelatih-pelatih yang mempunyai pengalaman pengalaman di peringkat yang tinggi.


Antara pelatih akademi tersebut adalah Muhammad NurFirdaus Azman yang pernah berada dalam pasukan kebangsaan dan pernah mendapat tempat ketiga di Sukma.

Katanya, buat masa ini beliau sukar untuk pergi lebih jauh memandangkan sukar untuk mendapatkan penajaan.

“Memang cita-cita saya tinggi cuma buat masa sekarang nak cari penaja itu susah, kalau ada penaja memang saya main saja.

Soal ranking itu memang boleh kejar, harapan saya dapat berada di ranking 20 teratas dunia, kalau tiada rezeki mungkin boleh jadi jurulatih,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Sementara itu, seorang lagi pelatih di akademi itu, Siti NurShuhaini Azman yang juga merupakan pemain negara berkata beliau berharap dapat bermain di Sukan Olimpik dan mengikut jejak idolanya, Akane Yamaguchi.

Antara pencapaian terbaiknya adalah mewakili negara di kejohana Piala Uber 2021.

Seorang lagi pelatih di akademi berkenaan, Cleef Chong berkata beliau suka berlatih di akademi itu kerana mempunyai sparring partner yang hebat.

“Saya datang ke akademi ini kerana di sini saya ada sparring partner yang hebat jadi saya boleh dapat pengalaman dan tingkatkan permainan.”

Beliau sebelum ini pernah beraksi di kejohanan International Challenge B-19 di Poland dan mara sehingga ke suku akhir.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen