JDT memang kuat tapi kami juga sudah kalahkan pasukan kuat lain juga – T. Shaheeswaran

200

Penjaga gol Perak FC, T. Shaheeswaran akui Johor Darul Ta’zim bukan lawan yang mudah namun beliau yakin pasukannya mampu mengekang kemaraan mereka seperti yang dilakukan sebelum ini terhadap Kedah Darul Aman FC dan Sabah FC.

“JDT memang kuat tetapi kami sudah lepas daripada pasukan-pasukan yang kuat juga jadi kami akan cuba untuk buat yang sehabis baik,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Shaheeswaran turut mengungkapkan kegembiraannya apabila berjaya mendapatkan clean sheet yang pertama beliau musim ini.


“Ini merupakan perlawanan pertama yang saya peroleh clean sheet musim ini dan memang saya sangat terkejut,”

Serangan yang bertali arus oleh Sabah sejak awal perlawanan sememangnya membuatkan pertahanan pasukan perak bermandi peluh tambahan pula dengan keadaan padang yang lembab menyebabkan kesukaran buat para pemain.

Shaheeswaran yang melihat perkara itu memberitahu berulang-ulang kali mengingati rakan sepasukan terutama di barisan pertahanan supaya sentiasa peka dan tidak berputus asa dalam mengekang serangan pasukan lawan.

“Selagi boleh saya cakap dekat mereka jangan berputus asa walaupun bolos biarkan sahaja tetapi jika boleh cuba untuk bertahan dan akhirnya malam ini semua telah memberikan 100% komitmen mereka.”