Amirbek Juraboev yakin KDA FC mampu rebut slot ke Piala AFC tahun depan

166

Pemain tengah Kedah Darul Aman FC (KDA), Amirbek Juraboev menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan pasukan untuk merebut kedudukan kedua Liga Super sekaligus mengesahkan slot ke kejohanan Piala AFC 2024.

Menurut Amirbek, Kedah kini berada di kedudukan ketiga dan mempunyai peluang untuk naik ke kedudukan kedua tetapi perlu pastikan dua mereka mampu benam cabaran Selangor FC dan Sabah FC dalam baki saingan liga.


“Kami kini bermain untuk kedudukan Top 2 liga tapi kami mempunyai dua perlawanan sukar iaitu menentang Selangor dan Sabah.

InsyaAllah kami akan cuba buat yang terbaik untuk menang baki kesemua perlawanan untuk duduki tangga kedua sekaligus tempah tiket ke Piala AFC tahun depan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Skuad Sang Kenari kini berada di kedudukan ketiga liga dengan 47 mata dengan perbezaan lima mata dibelakang pasukan Gergasi Merah tetapi mempunyai kelebihan satu perlawanan di tangan.

Dalam pada itu, beliau turut memberi bayangan yang beliau akan kekal di Darul Aman sekiranya pihak pengurusan masih mahukan khidmat beliau pada musim hadapan.

“Saya masih belum tahu buat masa ini kerana kontrak saya ketika ini masih ada sehingga Disember ini jadi kita tunggu dan lihat apa yang berlaku.

Jika kelab masih mahukan khidmat saya, mungkin saya akan kekal.”