Pihak pengurusan tidak gembira gagal layak ke Liga Super – P Maniam

31

Ketua jurulatih Harini FT, P Maniam mengakui bahawa seluruh pasukan berasa kecewa selepas hanya menamatkan saingan MBSB Bank Championship di tangga ketiga, sekaligus tidak berpeluang untuk ke Liga Super musim depan.

Katanya, pihak pengurusan tidak gembira atas keputusan itu kerana sasaran yang diletakkan adalah untuk naik ke Liga Super.


“Sudah tentu kita tak dapat layak ke Liga Super, pihak pengurusan juga tidak begitu gembira dengan perkara ini.

Bukan itu saja, semua pemain dan pegawai juga kecewa kerana tidak berpeluang kerana itu adalah sasaran kita,”

katanya.

Katanya, pemain sudah beraksi dengan begitu baik, namun kesilapan dan kegagalan memanfaatkan peluang membuatkan mereka gagal mencatatkan kemenangan.

Harini FT sekadar menamatkan saingan MBSB Bank Championship di tangga ketiga selepas seri 1-1 dengan KL Rovers sebentara tadi.

Katanya, beliau telah memberitahu pemain bahawa perlawanan ini ibarat perlawanan akhir dan mereka wajib menang.

“Sebenarnya kita agak yakin pada hari ini kerana kita mempunyai ramai pemain berpengalaman berbanding KL Rovers.

Saya bagitahu pemain ia ibarat perlawanan akhir dan kita wajib menang tetapi malangnya kita hanya mampu seri.”

Beliau yang baru satu musim mengendalikan pasukan di MBSB Bank Championship menyifatkan kualiti liga berkenaan adalah bagus dan pemain-pemain di liga itu, terutamanya yang beraksi untuk pasukan lima teratas, mampu beraksi dalam Liga Super.