Ini bukan masa untuk bersantai, semua pemain harus berjuang sebagai satu pasukan – Habib Haroon

113

Ketua pasukan Terengganu FC, Habib Haroon mahu semua pemain berusaha bersungguh-sungguh menghadapi baki saingan musim ini kerana ini merupakan saat genting.

Katanya, mereka harus bersedia untuk perlawanan-perlawanan mendatang dan berjuang sebagai satu pasukan.


“Ini bukan masa untuk kita bersantai, kita datang ke sini untuk berjuang, saya nak semua berjuang sebagai satu pasukan.

Lawan kita akan tiba dan saya sudah bersedia, kami semua harus melawan bersama-sama,”

katanya.

Beliau berkata demikian selepas membantu pasukannya mencatatkan kemenangan 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia 2023 menentang KL City sebentar tadi.

Katanya, kemenangan itu pastinya memberi motivasi buat mereka menjelang perlawanan menentang Stallion Laguna dalam Piala AFC Khamis ini.

Menurutnya, aksi menentang KL City itu begitu sukar dengan kedua-dua pasukan sangat bersemangat untuk merebut tempat ke perlawanan akhir.

Selepas disingkirkan oleh KL City pada Piala FA, Habib mahu membalas dendam dengan memastikan mereka berjaya melangkah ke perlawanan akhir.