Tak jangka dapat main kesebelasan utama, mula-mula ada rasa tekanan sikit – Ubaidullah Shamsul

100

Pertahanan Terengganu FC, Ubaidullah Shamsul tidak menjangkakan bahawa namanya akan tersenarai dalam kesebelasan utama untuk menentang KL City FC pada aksi separuh akhir Piala Malaysia 2023 sebentar tadi.

Katanya, beliau pada mulanya merasa tekanan bermain dalam kesebelasan utama, tetapi komunikasi dengan pemain-pemain lain membuatkan dirinya selesa.


“Mula-mula memang rasa tekanan itu tetapi lama-lama semakin selesa selepas berkomunikasi dengan pemain-pemain lain.

Saya pun main di bahagian kanan tadi, memang agak kekok sikit tetapi saya cuba yang terbaik dan bermain dengan semudah mungkin,”

katanya.

Beliau berkata demikian selepas perlawanan tersebut yang berkesudahan 2-1 memihak kepada Terengganu.

Ubaidullah mengakui sedikit kecewa kerana pasukannya bolos pada akhir permainan menerusi sepakan penalti.

“Walaupun kita bolos satu gol hari ini, ia adalah keputusan yang positif dan harap dua gol yang kita jaringkan akan menaikkan motivasi untuk perlawanan seterusnya.

Kita tak boleh salahkan Syahmi yang menyebabkan sepakan penalti kerana dia juga ada sumbangan bantuan gol pada hari ini, kesilapan itu memang boleh berlaku, nanti di Terengganu kita bangkit lagi.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen