Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan hoki lelaki disingkir daripada program RTG

135

Dua pasangan beregu badminton negara iaitu Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dan Goh Soon Huat-Shevon Lai serta hoki lelaki telah disingkirkan daripada program Road To Gold (RTG) hari ini.

Perkara itu disahkan menerusi satu kenyataan rasmi daripada Menteri Belia dan Sukan (KBS), YB Hannah Yeoh selepas mesyuarat jawatankuasa RTG ketiga sebentar tadi.


Keputusan itu dibuat selepas prestasi tidak memberangsangkan kedua-dua pasangan beregu itu yang mana kedua-dua ranking pasukan itu jatuh kepada kedudukan ke-23 dan ke-17.

Mereka bagaimanapun masih berpeluang untuk kembali diserap ke RTG sekiranya berjaya menjadi beregu terbaik negara dalam kelompok lapan teratas, atau layak sebagai pasangan beregu Malaysia dengan kedudukan tertinggi 16 teratas ranking Race To Paris.

Untuk pasukan hoki lelaki pula, mereka disingkirkan selepas gagal meraih pingat emas di Sukan Asia 2022 sekaligus menyaksikan ranking mereka jatuh ke tangga ke-12 dunia.

The Speedy Tigers bagaimanapun masih berpeluang untuk dimasukkan semula ke dalam program RTG sekiranya mereka berjaya di kelayakan pada Januari 2024.

Dalam pada itu, selain penyingkiran atlet jawatankuasa turut memasukkan atlet angkat berat Mohamad Aniq Kasdan dalam program RTG.

Pada masa sama susulan pengumuman Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) baru-baru ini mengenai kemasukan sukan skuasy, jawatankuasa telah meminta ahli jawatankuasa RTG dan Timbalan Chef De Mission, Datuk Nicol Ann David untuk membangunkan pelan strategik untuk kemasukan skuasy menjelang Sukan Olimpik LA 2028.

Berikut adalah senarai terkini atlet-atlet dalam program RTG:

Aaron Chia (Badminton)
Soh Wooi Yik (Badminton)
Pearly Tan (Badminton)
M.Thinaah (Badminton)
Chen Tang Jie (Badminton)
Toh Ee Wei (Badminton)
Ng Tze Yong (Badminton)
Lee Zii Jia (Badminton)
Ong Yew Sin (Badminton)
Teo Ee Yi (Badminton)
Datuk Azizulhasni Awang (Berbasikal)
Shah Firdaus Sahrom (Berbasikal)
Datuk Pandelela Rinong (Diving)
Nur Dhabitah Sabri (Diving)
Mohamad Aniq Kasdan (Angkat Berat)