Pingat emas sulung negara mungkin di dalam gengaman Aaron Chia dan Soh Wooi Yik – Tee Kai Wun

183

Pasangan beregu badminton negara Tee Kai Wun dan Man Wei Chong optimis peluang seakan cerah buat rakan sepejuangan mereka, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik dalam menghadiahkan pingat emas yang pertama buat Malaysia di sukan Olimpik Paris 2024.

Tee Kai Wun berkata meski mereka berdua tidak mampu membanding kebolehan pasangan beregu terbaik negara itu buat masa ini.


“Setakat ini ‘performance’ mereka dilihat lebih baik. Sekiranya ianya boleh dikekalkan, peluang untuk mereka menang adalah lebih tinggi,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Manakala, pasangan regunya Man Wei Chong akui juara pasangan beregu lelaki di Kejohanan Dunia 2022 itu telah kerap kali menurunkan ilmu serta tunjuk ajar kepada mereka selama ini meskipun fahaman corak permainan mereka yang berbeza.

“Selama ini kami telah banyak peroleh pengalaman bermain dari Aaron dan Wooi Yik. Kami juga telah cuba sebaik mungkin untuk ikuti tunjuk ajar mereka tetapi tidak semua dapat kami laksanakan dengan baik.”

Mereka yang kini berada di kedudukan ke 22 dunia akui bakat serta langkah permainan mereka dalam menentang pihak lawan sememangnya boleh digilap dengan lebih baik lagi di masa akan datang.

“Apa yang penting, kami berdua perlu fahami kesilapan kami di gelanggang untuk cuba diperbaiki lagi.”