Man Wei Chong percaya peluang mendaki ‘rank’ lebih baik sebelum penentuan Olimpik masih ada buatnya

54

Pemain beregu badminton lelaki negara Man Wei Chong yakin ruang masih luas untuknya menandingi kedudukan pasangan beregu seangkatanya Ong Yew Sin dan Teo Ee Yi yang berada di kedudukan ke-11 dunia.

Beliau yang kini berada di kedudukan ke-22 dunia bersama pasangan beregunya Tee Kai Wun berkata waktu sehingga penentuan Sukan Olimpik Paris 2024 adalah dalam setengah tahun dari sekarang.


“Masa semakin suntuk, oleh itu kami perlu fokus sepenuhnya untuk teruskan ‘catch up’ memperbaiki corak permainan,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Pemain yang berusia 23 tahun itu yakin mereka mampu menlonjakkan ‘ranking’ mereka dengan menyasarkan taraf perlawanan yang terbaik dan kekalkan momentum.

“Kami perlu sasar taraf perlawanan yang lebih tinggi, tidak boleh ‘rush’ di pusingan pertama dan kedua.”

Man Wei Chong ketika ditemubual kekal bersemangat mengatakan peluang masih terbuka buat mereka berdua sekiranya mereka meneruskan usaha yang optimum.

“Peluang semestinya ada, tetapi yang utama kami perlu ‘perfom’ dengan lebih baik.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen