Masa semakin suntuk, kata putus dari Lee Zii Jia dalam menyertai RTG kekal menjadi tanda tanya

123

Jam berdetik semakin pantas buat pemain badminton peseorangan lelaki negara Lee Zii Jia dalam memberi kata putus tentang penyertaan beliau bersama program sasaran pingat emas buat negara ‘Road To Gold’ (RTG) di Sukan Olimpik Paris 2024.

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria ketika ditemui berkata hampir kesemua atlet yang terpilih telahpun bersetuju dan menandatangani perjanjian mereka kecuali juara badminton perseorangan lelaki kejohanan seluruh England 2021 itu.


“Zii Jia dikatakan sedang komited dengan proses perjanjian itu. Kami berharap beliau dapat segera menemui koordinator program RTG Datuk Stuart Ramalingam dan memerterai perjanjian tersebut,”

katanya.

Beliau menambah bahawa pihak RTG telahpun menetapkan pertengahan November ini sebagai tempoh terakhir buat Zii Jia menghantar penyertaan rasmi beliau.

“Saya percaya dia ada di dalam negara waktu ini. Sekiranya dia segera menandatangi perjanjian itu, lebih banyak bantuan boleh kita berikan untuk program ini.”

Sebelum ini, tempoh dua minggu telah diberikan kepada pemain berusia 25 tahun itu untuk memberi keputusan muktamad beliau.