Kualiti pemain yang membezakan kami dengan JDT – Yusri Che Lah

422

Ketua jurulatih pasukan Perak FC, Yusri Che Lah menyifatkan kualiti pemainnya mempunyai jurang yang besar jika dibandingkan dengan kesebelasan utama pasukan Johor Darul Takzim (JDT) selepas mereka dibelasah 8-1 pada separuh akhir kedua Piala Malaysia sekaligus tewas 12-2 secara agregat.

Beliau percaya anak didikanya perlu kekal realistik dan mengambil iktibar dari kekalahan hari ini.


“Tidak perlu merintih. Kita hanya akan terus melihat ke hadapan,”

katanya.

Yusri berkata tidak ada alasan yang kukuh untuk berasa malu sepenuhnya dengan kekalahan itu kerana beliau percaya itu adalah kemampuan pemainnya dalam menentang pasukan JDT.

“Sekiranya takut, kita tak mungkin akan berada sehingga ke tahap sebegini. Tidak ada apa yang perlu untuk kita berasa malu. Kita sememangnya bertemu pasukan yang sudah kuat.”

Yusri yang menyedari rasa gementar di antara para pemainnya akan menyuntik motivasi dan menasihati mereka untuk terus lakukan yang sehabis baik, tidak mengira apa situasinya yang bakal terjadi.

Dalam pada itu, Yusri tidak henti menyatakan kesyukuran beliau terhadap kredibiliti para anak didikannya yang mampu mencapai sehingga ke perlawanan separuh akhir kedua Piala Malaysia.

Beliau yang sangat berterima kasih kepada para pemainnya menganggap ianya suatu pengalaman yang amat berharga terutamanya buat pemain-pemain muda.

“Ini adalah peluang buat kesemua para pemain Perak FC untuk memberikan persembahan yang lebih baik.”

Yusri juga optimis pemainnya akan kembali bersemangat untuk perlawanan yang akan datang dan tidak perlu takut pada kesilapan.

“Kalau kita takut, tidak ada lagi pasukan yang menjaringkan lebih dari satu gol di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) ini.”

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen