Perlantikan ‘misteri’ Rozaimi: ada apa dengan pengurusan Sabah FC?

325

North Borneo Ultras (NBU) menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap pengurusan tertinggi Sabah FC (SAFA) selepas mereka melantik bekas pemain Harimau Muda, Rozaimi Abdul Rahman sebagai Penolong Ketua Panel Pemilih & Pencari Bakat Sabah FA.

Selain mempersoalkan kredibiliti Rozaimi untuk menggalas jawatan tersebut, namun yang utama adalah isu dalaman SAFA sendiri yang membuat mereka berasa jelik kerana menganggap ada individu dalam persatuan tersebut yang bertindak untuk kepentingan peribadi.


Screenshot yang sempat diambil sebelum NBU bertindak memadam posting tersebut.

Pemain berusia 29 tahun dikatakan dilantik oleh ‘seseorang’ tanpa persetujuan semua pihak yang terlibat. Ini adalah sesuatu yang aneh, kerana sebelum ini Rozaimi dikatakan pernah menghentam pengurusan SAFA yang menolaknya ketika beliau menawarkan diri untuk membarisi pasukan Sabah FC musim lalu.

Meskipun pemain yang digelar ‘Neymar Malaysia’ itu pernah tersenarai dalam Pemain Terbaik Asia 2012, tetapi prestasi beliau agak terumbang-ambing setelah mengalami kemalangan pada tahun 2015. Namun, yang menjadi persoalan apa kelayakan yang dimiliki Rozaimi hingga dia dilantik menggalas peranan tersebut? 

Selain menjawat jawatan tersebut, Rozaimi juga turut ditawarkan menjadi pemain pasukan senior Sabah FC jika memenuhi tahap kecergasan yang diinginkan ketua jurulatih, Datuk Ong Kim Swee yang pernah bersama beliau di Harimau Muda. Seolah-olah jalan yang ‘mudah’ untuk Rozaimi sedangkan sebelum ini beliau ditolak olah badan pengurusan bolasepak Sabah tersebut

Respond Rozaimi terhadap posting NBU

Walaubagaimanapun, posting tersebut telah dipadam oleh pihak NBU selepas Naib Presiden merangkap Pengarah Sabah FC, Dato’ Jelani Hamdan sendiri telah meninggalkan komen merespond apa yang dipersoalkan pihak NBU. Apa sebenarnya yang berlaku? Masih tiada tindak balas dan pengumuman rasmi dari pihak Sabah FC.

Sebagai rekod, Rozaimi terakhir kali bermain untuk Kedah FA selepas beliau berhijrah dari JDT. Selain itu, beliau juga pernah bermain untuk Harimau Muda A di bawah kendalian Kim Swee.

Prestasi kemuncak Rozaimi dikatakan ketika beliau bersama Selangor dan Harimau Muda A. Karier awal beliau adalah bersama Sarawak dan Sabah sekitar tahun 2010-2015.