Ultras Tranung dan penyokong Filipina turut beraksi dalam satu perlawanan persahabatan Tubek Awaydays AFC Cup

429

Semalam telah berlangsung perlawanan keempat peringkat kumpulan Piala AFC yang menyaksikan Terengganu FC (TFC) sekali lagi melakukan kebangkitan luar biasa untuk membenam Stallion Laguna FC 3-2 di Stadium Binan, Filipina.

Kemenangan dramatik itu menyaksikan TFC mengekalkan rekod tanpa kalah dengan dua menang dan dua seri untuk berada di kedudukan kedua Kumpulan G.


Disebalik kehangatan aksi Piala AFC, penyokong TFC iaitu Ultras Tranung telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan penyokong Filipina yang berlangsung di Stadium McKinley Hill, Manila.

Perlawanan itu diatur bersempena dengan Tubek Awaydays AFC Cup 2023 yang mana ia berlangsung dengan jayanya.

Ultras Tranung dalam perkongsian di media sosial Facebook mereka mengucapkan terima kasih atas perlawanan tersebut.

“Thank you to all players get together and having fun tonight. Hope to have this match again next time. Bereh boh! First Class belake.”

Perlawanan persahabatan ini merupakan adalah satu inisiatif yang cukup bagus kerana selain berkongsi minat yang sama iaitu menyokong pasukan kesayangan, kedua-dua penyokong turut mempamerkan semangat kesukanan dengan mengadakan perlawanan persahabatan bersama.

Ia secara tidak langsung dapat merapatkan silatulrahim antara sesama penyokong sekaligus memberi satu kenyataan jelas iaitu bola sepak menyatupadukan penyokong dan bukannya memecah belahkan.

Diharap apa yang dilakukan oleh Ultras Tranung ini akan menjadi inspirasi kepada penyokong lain untuk turut mengikut jejak langkah sama.