InsyaAllah kalau diberikan peluang kita akan bekerjasama dengan Michelle Yeoh – Norza Zakaria

43

Presiden Majlis Sukan Olimpik (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria memberitahu mereka pastinya mahu menjalin kerjasama dengan Tan Sri Michelle Yeoh sekiranya berpeluang berbuat demikian.

Menurut Norza, peluang bekerjasama dengan Michelle Yeoh yang merupakan sebahagian daripada Ahli Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) akan memberikan manfaat untuk kemajuan sukan di Malaysia.


“Pertama sekali kita sudah pun mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Michelle Yeoh atas pelantikan tersebut yang mana ia cukup membanggakan negara.

InsyaAllah kalau diberikan peluang satu hari nanti kita akan dapat bekerjasama di peringkat yang tertinggi. IOC adalah peringkat tertinggi sekali dan jika kita ada lebih daripada satu wakil di IOC ia akan memberi kita kedudukan yang sangat baik dalam sukan di peringkat dunia,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Terdahulu pemenang anugerah Oscar telah dipilih untuk menjawat jawatan tersebut selepas mendapat 67 undi sokongan sekaligus menjadi salah seorang daripada lapan muka baru badan induk itu yang bersidang buat kali ke-141 di Mumbai, India.

Dalam pada itu, beliau turut berkongsi sejak beliau menjawat jawatan sebagai Presiden MOM adalah mengeratkan hubungan bersama Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN).

“Kalau kita lihat buat pertama kali Menteri KBS iaitu YB Hannah Yeoh telah memberi ruang kepada Presiden MOM untuk menjadi Pengerusi bersama dalam RTG (Road To Gold).

Saya akan beri sokongan penuh pada YB Hannah kerana saya yakin kepimpinan beliau. Beliau seorang Menteri yang rajin dan bekerja keras. Mempunyai semangat untuk bawa perubahan dalam industri sukan.”

Norza juga berharap dengan KBS diterajui oleh Hannah akan membawa lebih banyak perubahan kepada sukan negara.