“Setiap sukan perlu ada ‘roadmap'”

66

Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria berpendapat bahawa setiap sukan memerlukan suatu ‘roadmap’ atau pelan asas jangka masa panjang demi menuju impian kejayaan sukan tersebut.

Beliau berkata ianya perlu dititikberatkan dari pembangunan akar umbi sehingga ke peringkat prestasi pasukan yang tertinggi dan perlu diusulkan kepada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta Majlis Olimpik Malaysia (MOM).


“Perkara itu perlu dipersembahkan kepada KBS atau OCM supaya kita dapat menilai dan berikan bantuan.”

“Penghormatan diletakkan kepada mereka, untuk menunjukkan dimanakah posisi mereka di ‘world map.”

Sebagai contoh, beliau menyatakan bahawa sukan skuasy yang memiliki ‘Top 20’ pemain dan menuju satu impian ke Sukan Olimpik LA 2028, menjadikan tujuannya sangat jelas.

Menurut beliau, jenis sukan yang masih belum dapat menentukan pelan sukan masing-masing boleh membentangkan kertas cadangan untuk didukung pihak KBS. 

Namun begitu, Tan Sri Norza mengatakan bahawa MOM akan memberi fokus penuh kepada apa yang di hadapan mereka waktu ini – Sukan Olimpik Paris 2024. 

“Kita kena terus fokus dengan apa yang kita ada, untuk mencapai pingat emas negara.”

“Apa sahaja kekurangan atlet kita dan juga apa yang mereka perlukan bagi Sukan Olimpik Paris 2024 , bagi saya itu adalah usaha kita dalam masa lapan bulan ke hadapan.”