Apa jua masalah dalam BAM kena ‘reset’ sebelum kehadiran presiden baharu – Tan Sri Norza Zakaria

158

Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Dato’ Sri Mohamad Norza Zakaria mengatakan bahawa apa jua masalah pentadbiran di dalam Persatuan Badminton Malaysia (BAM) perlu di ‘reset’ sebelum kehadiran presiden baharu kelak.

Katanya pihak BAM sedang berusaha menguruskan keadaan tersebut dengan baik sebelum menerima ‘sentuhan’ pentadbir yang baharu. 


“Kami perlu adil dengan beliau dan menyelesaikannya di antara pihak BAM. Kemudiannya, barulah kami akan memaklumkan beliau.”

Beliau sebelum ini telah mengumumkan Senator Tengku Zafrul Tengku Aziz sebagai bakal penyambung legasi beliau didalam BAM.

Beliau berkata fokus mereka saat ini akan lebih menjurus kepada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 pada Januari dan akan mengadakan perjumpaan sebelum dan selepas kejohanan tersebut.  

“Perjumpaan seperti biasa akan diadakan pada bulan Disember dan perjumpaan pertama akan diadakan selepas Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 bagi peralihan kuasa Presiden BAM.”

Disoal tentang kedudukan jawatan yang lain didalam badan sukan itu, Tan Sri Norza menegaskan bahawa hanya Presiden yang akan berganti tahun hadapan.

“Perubahan bagi jawatan lain di dalam BAM akan diketahui pada 2025. Setakat ini hanya jawatan presiden yang akan bertukar.”