Saya tak bisa berandai-andai, kena ‘sit down’ dan berbincang dengan Pearly dan Thinaah – Rexy Mainaky

288

“Dari segi permainan, first set saya tengok saya terus tutup TV.”

Itu jawab Pengarah Kejurulatihan Beregu Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky apabila disoal mengenai tingkah laku anak buahnya, Pearly Tan dan M Thinaah di pusingan pertama Masters China Rabu lalu.

Komunikasi diantara mereka yang hangat diperkatakan seakan dingin dan tidak seceria selalu telah menimbulkan tanda tanya peminat tegar sukan itu.


“Boleh lihat ‘body language’ mereka, cara bermain seperti nak taknak. Seperti ada sesuatu.”

“Tetapi akhirnya mereka berjaya bangkit di pusingan kedua.”

Beliau yang ditemui di ABM Bukit Kiara pagi ini menyatakan bahawa dirinya lebih memilih untuk mendengar penjelasan Pearly dan Thinaah sebaik sahaja mereka pulang ke tanah air.

“Saya tak bisa berandai-andai, perlu tunggu mereka balik. Kami akan ‘sit down’ dan berbincang betul atau tidak kata-kata netizen di luar.”

Lagenda badminton itu juga tidak menafikan perkara seperti ini kerap berlaku kepada pemain beregu yang lain.

Beliau turut menyebut nama pasangan beregu seperti Kevin Sanjaya Sukamuljo – Marcus Fernaldi Gideon , Nur Izzuddin Mohd Rumsani – Goh Sze Fei dan Aaron Chia – Soh Wooi Yik yang tidak terlepas dari isu komunikasi sesama sendiri.

Sebagai salah seorang jurulatih yang bertanggungjawab mendidik pasangan beregu itu, Rexy tidak dapat memberi kata putus sekiranya ia suatu masalah wanita yang memerlukan lebih privasi.

“Terpulang kepada netizen untuk berkata tentang ini. Saya tidak boleh ‘judge’ jika mereka sedang berada dalam apa-apa masalah.”

“Apa pun saya percaya ini suatu perkara biasa buat Pearly dan Thinaah.”

Perlawanan pusingan pertama Master China itu telah menyaksikan kekalahan pasangan beregu wanita negara itu di tangan pilihan kelapan kejohanan dari Korea Selatan, Jeong Na-eun dan Kim Hye-jeong 21-11,15-21, 22-20.