Pengunaan Propitch di SSI, Selangor FC boleh contohi dalam pembinaan KSSA?

382

Kelab pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini memaklumkan kehadiran penggunaan ProPitch yang bertujuan untuk memastikan kualiti rumput di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) kekal pada tahap terbaik.

Ujian peralatan yang sering digunakan dalam beberapa pertandingan UEFA itu membantu dalam memberikan data sebenar padang supaya pihak pengurusan boleh melakukan tindakan susulan yang diperlukan ketika itu.


Ini membuktikan bahawa kelab pasukan JDT tetap gigih mencari jalan untuk terus memaju prestasi pasukan termasuk kualiti stadium mereka, yang tidak dinafikan sebagai stadium paling canggih tanah air.

Persoalan timbul buat kelab pasukan Selangor FC untuk mengusulkan inisiatif ini melihatkan perancangan pembinaan stadium baharu menjelang 2026.

Pasukan Red Giants yang dikhabarkan bakal menerima ‘rumah baharu’ yang dinamakan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), menggantikan stadium ikonik – Stadium Shah Alam setelah 29 tahun mengukir kenangan bersama pasukan itu.

Kos projek KSSA dianggarkan bernilai RM787 juta, mempunyai keluasan sebesar 76.08 hektar dan mampu memuatkan kira-kira 35,000 hingga 45,000 penyokong.

Selain mampu menjadi gelanggang ‘indoor’, dewan serbaguna, masjid, hotel, ruang acara dan jualan, serta lokasi konsert, ianya juga memiliki teknologi ‘retractable pitch’ yang boleh bertukar daripada mod sukan kepada acara dalaman.

Sebagai antara kelab pasukan yang mempunyai tajaan bersama kerajaan negeri, perlukah Selangor FC menambah inisiatif seperti ini pada KSSA?

Ianya demi meningkatkan kualiti stadium tersebut sekaligus menyuntik semangat buat pemain pasukan.

Pastinya ramai penyokong tegar kelab itu akan menghargai usaha pihak pengurusan Red Giants yang menginginkan kemajuan pasukan tersebut.

Diharapkan pihak pengurusan Selangor FC akan mempertimbangkan pengunaan ProPitch sebagai antara penambahan yang hebat buat KSSA akan datang.