Kelab Liga-M patut ikut jejak langkah Liverpool?

788

Melihat kepada kelab gergasi Inggeris Liverpool yang mengambil inisiatif untuk mengupah ahli terapi bagi menangani isu buli siber dalam kalangan pemain muda mereka, adakah wajar untuk kelab yang Liga-M yang kukuh seperti JDT FC dan Selangor FC untuk melakukan perkara yang sama?

Buli siber bukan lagi isu baru dalam kalangan masyarakat dunia hari ini termasuklah dalam industri sukan. Atlet juga tidak terlepas dari mangsa buli siber yang boleh menjatuhkan semangat mereka sekaligus menjejaskan prestasi dalam sukan yang diceburi. Buli siber akan membawa banyak kesan buruk kepada seseorang jika tidak ditangani dengan baik.


Liverpool yang melantik ahli terapi selepas pemain mereka Trent Alexander-Arnold dan Sadio Mane diserang dengan troll di sosial media dan perkara tersebut telah mendapat perhatian kapten kelab itu, Jordan Henderson memandangkan kebajikan pemain adalah hal yang perlu dititikberatkan dalam setiap pasukan.

JDT yang terkenal dengan kelab yang begitu menjaga kebajikan pemainnya, pasti akan mempertimbangkan cadangan untuk membawa ahli terapi memandangkan mereka sudah cukup serba-serbi dari segala sudut. Ini akan menjadi langkah persediaan untuk mengelakkan pemain mereka tertekan menjadi ‘mangsa buli siber’.

Satu hal yang perlu kita sedar, atlet juga manusia yang mempunyai perasaan dan emosi. Biarpun dididik untuk kuat menghadapi cabaran sebagai individu yang sentiasa mendapat perhatian masyarakat, pasti akan ada masanya mereka merasa down dan tidak dapat menanggung kecaman yang keterlaluan.

Kesimpulannya, dengan melantik ahli terapi ini dilihat sebagai suatu langkah yang baik kepada pasukan Liga-M yang mampu berbuat demikian. Ini adalah demi menjaga para pemain termasuk dari segi emosi dan mental kerana dua perkara tersebut memberi pengaruh besar terhadap prestasi mereka kelak. Selain mengambil kira tentang kesan jangka panjang, adalah lebih baik untuk mencegah sebelum ia terjadi.

Please rotate your device
Continue in browser
To install tap Add to Home Screen
Add to Home Screen