Baddrol Bakhtiar bantu tambah baik Stadium Darul Aman, kerajaan negeri lulus RM4 juta untuk tambah baik

97

Stadium Darul Aman akan berwajah baharu apabila menjalani penambahbaikan melalui peruntukan 4 juta yang diumumkan oleh Kerajaan negeri.

Ia diumumkan oleh ADUN Gurun, Baddrol Bakhtiar yang juga merupakan bekas pemain bola sepak untuk pasukan negeri itu, Kedah Darul Aman FC.


Peruntukan itu akan digunakan untuk membaiki pencahayaan lampu dan juga menaik taraf trek larian.

Menurut Baddrol, keadaan di stadium tersebut sangat uzur dan telah wujud sejak beliau mula bermain bola sepak lagi.

Sebenarnya, bukan keadaan di Stadium Darul Aman sahaja, tetapi harus diakui kebanyakan stadium di negara ini juga sebenarnya sudah kelihatan usang dan uzur.

Adakah setiap negeri perlu seorang wakil rakyat yang merupakan bekas pemain bola sepak atau atlet untuk memastikan fasiliti atau stadium di negeri itu bertambah baik?

Menteri Besar, Datuk Seri Sanusi Md Nor juga sebelum ini mengumumkan bahawa kerajaan negeri akan menyuntik dana kepada pasukan Kedah pada musim ini.

Selain daripada dana, mungkin Baddrol boleh ditugaskan untuk terlibat secara langsung dalam pasukan Kedah mewakili kerajaan negeri, sesuai dengan statusnya sebagai legenda kelab.

Selepas memenangi kerusi pada PRN sebelum ini, Baddrol dilihat melakukan beberapa inisiatif untuk rakyat Kedah, terutamanya melibatkan pembangunan sukan.

Mungkin satu hari nanti beliau boleh dilantik untuk memegang portfolio Exco Sukan negeri, dengan itu boleh terlibat secara langsung dalam apa-apa perkara melibatkan sukan.