Perseorangan lelaki tidak konsisten, kita kena semak semula program yang ada – Rexy Mainaky

80

Pengarah Kejurulatihan Beregu BAM, Rexy Mainaky mengakui bahawa perseorangan lelaki negara masih lagi belum menunjukkan tahap konsisten dalam setiap kejohanan.

Katanya, beliau dapat melihat semangat bersaing dalam diri pemain ketika dalam gelanggang, namun mereka harus mengekalkan prestasi mereka.


“Kalau dalam perseorangan kita dapat lihat kualiti mereka, dapat rasakan pemain ada semangat untuk bersaing dalam gelanggang.

Tetapi kita boleh lihat tidak konsisten itu ada, saya banyak berbincang dengan barisan kejurulatihan perseorangan untuk perbaiki perkara ini,”

katanya.

Katanya, mereka harus menyemak semula program yang kita telah buat dan teruskan apa yang bagus, serta tukar apa yang kurang.

Menurutnya, mereka kini harus memberikan fokus dalam tempoh enam bulan ini untuk memastikan persiapan ke Olimpik berjalan lancar.

“Buat masa ini kita sedang buat penilaian untuk hujung tahun, apa yang perlu dibuat untuk tahun depan.

Kita ada enam bulan persiapan ke Olimpik, kita kena pastikan pemain-pemain ‘backup’ banyak tolong pemain yang kita rasa boleh lepas ke Olimpik.”

Tambahnya, apa-apa perubahan yang mahu dilakukan sekarang haruslah dibuat selangkah demi selangkah dan tidak terburu-buru.