Rahadi perlu ke pasukan lain untuk jadi nombor 1, buat masa ini Suhaimi adalah ‘keeper’ utama saya – Tomislav Steinbruckner

442

Ketua jurulatih Terengganu FC, Tomislav Steinbruckner memberi bayangan bahawa Suhaimi Saad berkemungkinan besar akan menjadi penjaga gol pilihannya pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) esok.

Tegasnya, ketika ini Suhaimi merupakan penjaga gol utamanya dan Rahadiazli Rahalim harus pergi ke pasukan lain untuk menjadi penjaga gol nombor 1.


“Musim lalu Abe (Rahadiazli) tidak bermain begitu banyak perlawanan, dan dia ada lakukan beberapa kesilapan seperti perlawanan menentang Penang sebelum ini.

Dia adalah seorang penjaga gol yang bagus, untuk masa depannya saya rasa dia perlu ke pasukan lain untuk menjadi penjaga gol nombor 1, tetapi buat masa ini dalam pasukan saya Suhaimi adalah penjaga gol utama,”

katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media menjelang perlawanan tersebut di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) Sebentar tadi.

Jelas Steinbruckner, JDT merupakan pasukan pilihan namun beliau percaya apa-apa saja boleh berlaku dalam perlawanan akhir seperti ini.

“Kita semau tahu siapa pasukan pilihan esok tetapi ini adalah perlawanan tunggal, apa-apa saja boleh berlaku dalam perlawanan seperti ini.

Kita kena beraksi di tahap yang terbaik, lebih baik daripada mana-mana perlawanan sepanjang musim ini jika mahu tewaskan JDT, ada kalanya kita harus bernasib baik juga.”

Katanya, walaupun berdepan dengan kecederaan beberapa pemain, beliau percaya pemain-peman lain dalam pasukannya mampu mengisi kekosongan tersebut.