Kami datang esok untuk menang, kedua-dua pasukan ada peluang sama rata – Habib Haroon

98

Ketua pasukan Terengganu FC, Habib Haroon menegaskan bahawa rakan-rakan sepasukannya begitu bermotivasi tinggi untuk menewaskan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 esok.

Katanya, menentang pasukan terbaik di Malaysia itu bukanlah satu tugas yang mudah namun beliau melihat peluang kedua-dua pasukan adalah sama rata.


“Pemain semua berasa gembira dan teruja untuk perlawanan esok, menentang pasukan terbaik di Malaysia sudah tentu ada tekanan.

Ia akan jadi perlawanan 50-50 kerana segala-galanya boleh berlaku, kami datang untuk menang dan semua pemain bercakap tentang kemenangan,”

katanya.

Beliau tekad mahu menamatkan penantian 23 tahun penyokong Terengganu untuk menjulang trofi berkenaan.

Pemain berusia 23 tahun itu menganggap perlawanan esok sebagai salah satu aksi terbesar untuk musim ini.

“Ia adalah pentas yang besar buat kami, semua sudah teruja untuk bermain dalam salah satu perlawanan terbesar untuk kami musim ini.

Saya sendiri teruja dapat bermain bersama salah satu kelab terbaik di negara ini, esok merupakan perlawanan akhir kedua saya jadi saya sangat teruja.”