Masih boleh pergi jauh hingga Olimpik, Chen Tang Jie & Toh Ee Wei optimis mahu berikan yang terbaik

79

Pemain beregu campuran terbaik tanah air Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei yakin akan berikan persembahan di paras optimum di BWF World Tour Finals di Hangzhou, China minggu hadapan.

Toh Ee Wei tegas mengatakan bahawa pasangan beregu itu tidak mahu terlalu memikirkan keadaan yang tidak berkaitan dengan kejohanan itu ketika ini.


“Kami hanya ingin fokus pada perlawanan sahaja.”

“Semua persediaan dan tunjuk ajar bersama jurultih berjalan dengan lancar. Kami tahu kami berada di landasan yang betul.”

Katanya sewaktu sesi sidang media pagi tadi.

Pasangan beregunya Chen Tang Jie tidak menafikan pencapaian prestasinya bersama Ee Wei tahun ini amat memberangsangkan.

“Saya percaya banyak improvements kami untuk tahun ini dan BWF World Tour Finals ini adalah perlawanan terakhir kami untuk tahun ini.”

“Kami akan cuba menganalisa strategi lagi bermula dari perlawanan pembukaan dan juga meneliti langkah pihak lawan.”

“Kalah dan menang adalah perkara biasa. Pastinya kami mahukan kemenangan, kami akan cuba yang terbaik.”

Jurulatih mereka Nova Widianto merasakan kebolehan anak buahnya itu masih mampu untuk dipecut dan dipertingkatkan lagi.

“Mereka masih boleh pergi jauh. Ianya hanya pilihan sama ada mahu atau tidak.”

“Ada peluang sekiranya mereka confident, pastu boleh menang.”

Beliau turut teruja dengan peluang pertama pasangan beregu campuran itu untuk melayakkan diri kejohanan berprestij itu.

“Pada awalnya kami aim ke kejohanan Olimpik Paris 2024, dan BWF World Tour Finals yang kami terima. Ianya bagus sekali.”

“Saya tak mahu mereka menganggapnya suatu pressure yang kuat kerana jika terlalu banyak berfikir juga, akan merosakkan momentum permainan.”