Dua minggu lagi menuju tahun yang mengujakan buat Thinaah dan Pearly

70

Tahun yang mengujakan menanti pasangan beregu wanita kegemaran negara, Thinaah Muralitharan dan Pearly Tan.

Pelbagai kemahiran serta teknik baharu yang ingin dikecapi beregu itu disamping mengharungi halangan dihadapan mereka kelak.


2024 yang akan dibuka dengan kejohanan Petronas Malaysia Open pada 9 sehingga 14 Januari yang kini bertaraf lebih tinggi iaitu World Tour Super 1000.

Thinaah yang sempat ditemui di Petronas Akademi Badminton Negara (ABM) Bukit Kiara pagi ini akui permulaan tahun 2024 sahaja seakan-akan sudah memanggil dirinya.

“2024 juga akan dimulakan dengan kejohanan Malaysia Open. Saya sudah amat fokus ingin menuju ke kejohanan itu.”

“Semoga kami berdua mampu beraksi dengan jauh lebih baik di perlawanan-perlawanan yang akan datang, sekaligus memberikan kejutan kepada rakyat Malaysia.”

Katanya kepada wartawan Harimau Malaya.

Beliau menambah dengan harapan agar dia bersama pasangan beregunya akan terus berusaha demi mengapai matlamat yang dituju.

“Tahun baharu, musim baharu, diharapkan kami dapat memberikan persembahan yang lebih konsisten, dan lebih agresif.”

Beliau turut mengharapkan para peminat tegar sukan badminton untuk hadir menyuntik semangat kepada rakan-rakan seperjuangan serta dirinya.

Sebulan sesudah selesainya Malaysia Open, pertempuran di medan badminton yang juga berlangsung di negara kita akan bersambung sewaktu kejohanan Badminton Asia Team Championships pada 13 sehingga 18 Februari.