Komitmen baharu buat atlet badminton negara, genggam pingat emas pertama Olimpik adalah target utama kita – Rexy Mainaky

58

Tahun 2024 yang bakal menjelma akan menjadi saksi pelbagai kejohanan yang mencabar buat atlet tempatan kita terutamanya sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung pada bulan Julai kelak.

Tidak lain dan tidak bukan pastinya semangat dan impian memburu pingat emas masih menyala di sudut hati atlet kita.


Selain itu, sukan badminton juga adalah antara target lubuk emas buat Olimpik pada kali ini memandangkan prestasi atlet negara kita yang lebih cemerlang di sukan itu berbanding sukan lain.

Menurut Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Rexy Mainaky, tahun hadapan pastinya akan menjanjikan nafas baharu buat sukan tersebut khususnya di tanah air kita.

Beliau yang sempat ditemui di Petronas Akademi Badminton Malaysia (ABM) pagi ini seolah-olah telah meletakkan target tersendiri buat anak-anak buahnya untuk kejohanan itu.

“2024 akan memberikan semangat baharu berserta komitmen baharu buat para pemain badminton kita.”

“Lebih-lebih lagi buat sukan olimpik, atlet yang melebihi 75 peratus ke atas sudah pasti lebih bersemangat membawa pingat emas Olimpik pertama buat Malaysia.”

Katanya kepada wartawan Harimau Malaya.

Manakala buat pemain yang selebihnya, beliau mengharapkan mereka merebut setiap peluang yang tersedia di 2024 sebagai jalan untuk memperbaiki momentum permainan di atas gelanggang.

“Untuk pemain yang lain, semoga 2024 ini akan menjadi semangat buat kamu semua belajar dari pengalaman yang dipelajari di 2023 dan baiki reputasi dengan lebih baik.”

Tahun hadapan juga akan membuka tirai arena sukan badminton negara dengan kejohanan Malaysia Open pada 9 sehingga 14 Januari.