“Saya tak boleh nak gantung kasut but saya selagi saya tak sarung jersi kebangsaan!”

282

“Untuk ke national team, saya perlukan season yang baik, minit perlawanan yang banyak dan jaringkan seberapa banyak gol yang boleh.”

Impian pemain hadapan Negeri Sembilan FC, Sean Selvaraj untuk beraksi bersama pasukan kebangsaan kekal utuh meskipun berdepan laluan sukar sepanjang musim lalu.

Akui 2023 sebuah tahun yang mencabar bagi ramai pemain, Sean setuju bahawa isu lewat pembayaran gaji sememangnya menganggu prestasi pasukan.


“Bila kita nak main di atas padang, kita ingin berikan tumpuan penuh, tidak memikirkan hal-hal sebegini.”

“Lebih-lebih kepada rakan seperjuangan yang sudah memiliki keluarga sendiri, mereka mempunyai tanggungjawab yang lebih besar.”

Jawabnya ketika ditemubual bersama wartawan Harimau Malaya.

Beliau turut menyelit bahawa penyambungan kontraknya bersama kelab Negeri Sembilan FC masih kekal tanda tanya.

Disoal pandangan beliau mengenai kemunculan skuad kebangsaan di Piala Asia 2023, pemain berusia 28 tahun itu optimis akan kemenangan Harimau Malaya menentang pasukan Jordan dan Bahrain.

“Jordan dan Bahrain mungkin kita boleh fight, tapi untuk Korea Selatan ianya agak tough.”

“Didalam tiga perlawanan itu, sekurang-kurangnya empat mata saya percaya kita boleh dapat.”

Beliau turut memuji gaya kejurulatihan Kim Pan-gon yang telah banyak melonjakkan bola sepak Malaysia kini di arena antarabangsa.

Sean merasakan kesemua bintang skuad kebangsaan harus memainkan peranan masing-masing dengan cemerlang sekiranya ingin mara ke pusingan seterusnya.

Kehadiran pemain naturalisasi serta ‘warisan’ baginya bukanlah suatu perkara yang perlu dihebohkan.

“Diluar negara juga mempunyai ramai pemain yang bermain untuk skuad nasional, ianya suatu perkara biasa tapi tidak semua yang suka.”

“Walau bagaimanapun, kita masih memerlukan bantuan pemain-pemain hebat seperti Dion Cools dan Matthew Davies didalam skuad.”

Beliau berharap bintang bola sepak ternama, Arif Aiman dan juga Faisal Halim dapat menaikkan gentar pasukan pihak lawan dalam menentang pasukan Malaysia.