Kelantan United FC mungkin kelab terbaik untuk lanjutkan peluang pemain The Red Warriors di Liga Super?

46

Meski pengeluaran secara rasmi Kelantan FC dari Liga Super tidak begitu mengejutkan ramai pihak, namun soalan pastinya akan menjurus kepada hala tuju bintang kelab itu.

Bayangkan sahaja keadaan mereka sepanjang musim lalu yang terpaksa menerima pembayaran gaji yang lewat, layanan pihak pengurusan, berlatih bersama fasiliti yang kurang, selain keadaan stadium tuan rumah yang kurang baik.


Ditambah lagi dengan pengumuman pembuangan kelab itu dari Liga Super Malaysia.

Tentunya mereka yang masih muda (purata umur 24 tahun) ingin terus beraksi dan mengasah bakat mereka didalam liga tersebut tapi ternyata perlu bersaing didalam liga M3 sebaliknya.

Sejauh manakah karier bintang-bintang muda itu pergi selepas ini?

Dipercayai tentu sebahagian daripada mereka masih ingin meneruskan perjuangan bersaing bersama pemain-pemain hebat dari kelab yang lain akan datang.

Barangkali pasukan Kelantan United FC ingin cuba ‘menyambung’ hentian beberapa pemain terbaik The Red Warriors?

Ianya sekaligus memberi peluang buat pemain yang terpilih untuk saling mempelajari lebih banyak ilmu dan mengembangkan corak permainan dibawah tunjuk ajar pemain senior di kelab The Green Deers.

Mungkin jurulatih interim Nazrulerwan Makmor boleh mempertimbangkan usul tersebut sebaiknya mengikut reputasi konsisten seseorang pemain dan juga mungkin atas dasar belas ihsan.

Kelantan United FC yang masih kukuh di Liga Super pastinya kelab yang paling layak untuk menerima ahli baharu memandangkan mereka dari kelab negeri yang sama.

Pemain-pemain Kelantan FC tentunya sudah silih berganti saban musim, dan kini bakat baru perlu digilap selain memberi lagi peluang buat mereka untuk terus bersaing di Liga Super.