Kita perlu tingkatkan prestasi untuk aksi suku akhir nanti – Lucas Mendes

66

Pemain naturalisasi pasukan kebangsaan Qatar, Lucas Mendes mengakui pasukannya tidak bermain dengan baik biarpun mereka berjaya menang 2-1 ke atas Palestine untuk melayakkan diri ke suku akhir Piala Asia 2023.

“Perlawanan yang agak menarik dan Palestine sebuah pasukan yang bagus tapi saya merasakan pasukan kami tidak memberikan persembahan terbaik malam ini.

Jadi kita perlu segera tingkatkan prestasi untuk perlawanan seterusnya,”

katanya kepada Harimau Malaya.

Dalam pada itu, Mendes juga berkata tidak kira seseorang pemain itu naturalisasi atau tidak, apa yang penting baginya adalah untuk memberikan aksi terbaik apabila menyarung jersi pasukan kebangsaan.


“Pemain naturalisasi atau tidak, siapa yang bermain untuk Qatar harus bagi 100% di atas padang.”

Qatar yang merupakan juara bertahan kini menanti perlawanan pusingan 16 di antara Thailand dan Uzbekistan yang mana pemenang akan bertemu mereka di suku akhir yang akan berlangsung pada 3 Februari ini di Stadium Al Bayt.