Pembangunan akar umbi pemain dan program naturalisasi kena ‘balance’!

34

Merasakan program kemasukan pemain naturalisasi baik hanya untuk jangka masa pendek, pengacara dan pengulas Sukan TV RTM Zachki Ahmad Suri turut akui tumpuan perlu seiring buat pembangunan akar umbi para pemain.

Baginya skuad kebangsaan juga perlu menambah lagi pemain muda didalam pasukan di masa akan datang.


“Ada sahaja pemain dari skuad B-23 yang boleh dinaikkan ke skuad utama.”

Katanya.

Buat pemain naturalisasi pula, beliau berpendapat bahawa sedikit masa dan peluang perlu diberikan sebelum pantas menilai prestasi mereka.

“Romel mungkin boleh main didalam skuad untuk jangka masa lima tahun lagi memandangkan beliau telah menunjukkan kebolehannya.”

“Tentang Natxo, satu kejohanan tidak cukup untuk semua nilaikan begitu sahaja.”

Beliau berkata di sambungan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 kelak, tentu akan dapat melihat aksi pemain naturalisasi untuk difahami sekali lagi.

Zachki turut menyakini bahawa jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon memiliki kaedah tersendiri selain pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam menilai kredibiliti kesemua bintang bola sepak negara.

“Saya jangka di sambungan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Mac depan, majoriti pemain akan dikekalkan hanya beberapa yang akan diganti.”

“Secara keseluruhan, Malaysia menunjukkan pencapaian yang cukup membanggakan di Piala Asia edisi ini berbanding ketika 2007 dahulu.”

Zachki merasakan skuad negara sudahpun mempunyai barisan pertahanan yang lebih baik, namun merisaukan ‘kreativiti’ di bahagian tengah padang.

“Kita dah ada Dion Cools, Shahrul Saad, Corbin Ong dan ramai lagi. Mereka semuanya bermain dengan baik dan mempunyai persefahaman antara satu sama lain.”

“Cuma di bahagian midfield, kita sememangnya memerlukan pemain yang memberi hantaran mengelirukan untuk pasukan lawan.”

Mengenai spekulasi pasukan Korea ‘tidak mahu menang’ menentang Malaysia tempoh hari bagi mengelakkan pertemuan bersama Jepun di pusingan 16 terbaik, beliau mengatakan ianya mustahil.

“Jika dilihat pada raut wajah pemain Korea dipenghujung perlawanan, mereka kelihatan hampa dengan keputusan seri itu.”

“Tambahan pula, ada waktunya mereka ‘lead’ didalam perlawanan itu. Ia bermakna mereka tetap inginkan kemenangan.”

Beliau yakin peluang Malaysia kekal cerah di sambungan perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026 Mac depan, melihatkan dua perlawanan yang telah berjaya mengutip mata tertinggi buat negara.

“Andai kita ada tambahan penyerang yang sukar dibaca pihak lawan, tentunya kita pasti akan lebih berjaya!”