Kami tak suka banding dengan pasukan lain, fokus pada pasukan sendiri sahaja – Masatada Ishii

32

Ketua jurulatih pasukan kebangsaan Thailand, Masatada Ishii menegaskan beliau tidak suka membanding-bandingkan pasukannya dengan pasukan dari Asia Tenggara (ASEAN) yang lain kerana mahu fokus pada pasukan sendiri sahaja.

“Kami tidka pernah fikir yang kami mahu bandingkan pasukan dengan mengatakan kami nombor satu di ASEAN.

Sukar untuk saya cakap kerana kami tidak pernah nak bandingkan pun dengan pasukan lain. Fokus kami hanya pasukan sendiri dan jika kami main baik atau buruk sekali pun, tidak pernah kami bandingkan dengan pasukan lain,”

katanya.

Terdahulu, skuad Thailand tewas 2-1 kepada Uzbekistan pada aksi pusingan 16 Piala Asia 2023 sekaligus menjadi pasukan terakhir dari ASEAN yang tersingkir dari kejohanan berprestij di Asia itu.


Dalam pada itu, Masatada berpuas hati dengan persembahan pemain-pemainnya biarpun mereka sudah tersingkir kerana pasukannya sudah memberikan yang terbaik sepanjang kempen berlangsung.

Beliau pada masa sama turut berterima kasih kepada peminat Gajah Perang yang sanggup datang ke Doha untuk memberi sokongan kepada pasukan.

Sementara itu, pengendali dari Jepun itu berkata fokus mereka selepas ini adalah untuk pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026 / Piala Asia 2027 yang mana beliau berkemungkinan akan membuat perubahan.

“Saya sudah maklum kepada kesemua pemain dan juga perkara pemain perlu pertimbangkan semula apa yang perlu diubah atau bersiap sedia.

Mereka kini akan pulang ke kelab masing-masing dengan ada fikiran ini sebelum mereka kembali menyertai pasukan kebangsaan untuk kelayakan Piala Dunia nanti.”

Thailand yang diundi dalam Kumpulan C bersama Korea Selatan, China dan Singapura kini menduduki tangga kedua selepas dua perlawanan hasil satu kemenangan dan satu kekalahan.