Kim Pan-gon dalam proses pilih ‘best eleven’ terbaik skuad Harimau Malaya – Azraai Khor

74

“Lama saya tak nampak suasana semangat dan bonding diantara pemain, jurulatih dan penyokong macam ini. Lain daripada yang lain.”

Selain kagum melihat keakraban didalam pasukan bola sepak tanah air kini, tokoh bola sepak negara, Azraai Khor Abdullah merasakan ianya tidak adil buat jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon untuk diarahkan ‘undur diri’ tempoh hari.

“Malaysia ramai pengkritik, namun Kim Pan-gon sentiasa open. Beliau ada sebab tertentu. Saya tertarik dengan cara beliau explain.”

“Rugi kalau kita buang dia, sedangkan kapten pasukan Korea Selatan pun kata ianya suatu advantage boleh Malaysia memiliki Kim Pan-gon.”

Jawabnya kepada Harimau Malaya.

Baginya meminta jurulatih itu untuk dikeluarkan adalah keterlaluan.


“Kita kena ingat semua jasa beliau. Dulu kita ni kedudukan ke berapa berbanding sekarang?”

“Lihat sahaja bagaimana seronoknya beliau saat kita menjaringkan gol semasa perlawanan menentang Korea.”

Tidak menafikan kebaikan program naturalisasi secara keseluruhannya, Azraai memberi galakan agar Kim Pan-gon membentuk kesebelasan terbaiknya melalui uji kaji posisi pemain seperti yang dilakukan baru-baru ini.

“Bagi beliau peluang untuk membuat experiment di mana yang bagus. Kualiti diantara pemain.”

Azraai merasakan ianya sudahpun suatu tanda positif buat skuad Harimau Malaya atas keputusan seri bersama pasukan di tangga 100 lebih baik Khamis lalu.

“Kita boleh seri dengan pasukan Korea Selatan, itu terbukti kita hebat. Kita boleh nampak banyak improvements.”

“Saya percaya ada sinar di hujung terowong.”

Lagenda bola sepak itu turut menyokong sekiranya Persatuan Bolasepak Negara (FAM) menitikberatkan pembangunan akar umbi pemain muda untuk diserapkan ke skuad utama.

“Kita main boleh sepak demi maruah negara. Bola sepak kita maruah kita.”