Masa depan Harimau Malaya pastinya lebih meriah, perkongsian ilmu dari pemain muda berpangkalan luar negara

87

Bagaimana agaknya keadaan skuad Harimau Malaya akan datang dengan kehadiran pemain-pemain muda, membawa bakat dan ilmu dari luar negara?

Memandangkan prestasi mereka yang sudah digilap bersama kelab-kelab bola sepak luar negara dari usia yang muda, pastinya pelbagai campuran perkongsian ‘idea’ serta corak permainan dapat ‘diturunkan’ ke dalam skuad.


Prestasi masa depan skuad utama Harimau Malaya tentunya lebih menarik.

Sebagai contoh, hadirnya bintang muda, Luqman Hakim Shamsudin ke dalam skuad tentu akan membawa ilmu dari kelab KV Kortrijk (Belgium), Njardvik (Iceland) serta kelab yang baru beliau sertai kini, Yokohama SCC (Jepun).

Selain itu, seperti pemain ‘warisan’ berpangkalan di United Kingdom, Kobe Jae Chong yang sudah bertukar-tukar kelab di sana sehingga saat ini bersama kelab bola sepak Barwell, tentunya beliau mempunyai kelebihan dalam aspek permainan di liga Inggeris.

Begitu juga buat Wan Kuzain Wan Ahmad Kamal yang kini menjadi bualan hangat ramai mengenai statusnya untuk diserap ke dalam skuad B-23 Harimau Malaya.

Pastinya ilmu dari kelab serta liga bola sepak dari Amerika Syarikat dapat banyak membantu skuad kebangsaan.

Ramai lagi pemain muda berdarah ‘warisan’ iaitu Nooa Laine, Thomas Roy Sang, Alfie James Chang, Richard Chin, Jaami Qureshi yang sepertinya ‘terbuka hati’ untuk kembali mewakili negara dapat semua perhatikan kini.

Mungkin sudah tiba masanya untuk para penyokong memberi peluang kepada pemain muda untuk pulang berbakti buat negara tercinta.

Usahlah cepat menilai kredibiliti mereka di atas padang.

Kadangkalanya mereka juga mempunyai impian untuk mewakili Malaysia namun mengalami kebuntuan dalam mencari ruang ke dalam skuad.

Jika difikirkan secara logik, ada baiknya juga supaya didikan yang telah mereka terapkan sejak muda itu dapat dijadikan contoh buat keseluruhan skuad sekaligus memberikan ‘nafas baharu’ dan memajukan persembahan pasukan Malaysia di seantero dunia.