Bukan sahaja para atlet, cabaran juga menanti ‘influencer’ Esports!

43

Dari sofa rumah ke sofa di pelbagai liga kejohanan Esports, begitulah tuah yang tidak henti mengalir buat pempengaruh e-sukan Fauzi Ramli atau lebih mesra dengan panggilan Pojie.

Siapa sangka wabak Covid-19 telah membawa banyak hikmah buat dirinya yang masih mencari rentak kerjaya pada ketika itu?


Beliau yang melihat kemajuan didalam aplikasi TikTok saat itu pantas menceburi bidang rakaman video serta membina identiti tersendiri buat para pengikutnya.

Didalam suatu temubual eksklusif bersama Harimau Malaya, Pojie menyatakan bahawa dirinya hanya mengambil risiko didalam bidang tersebut.

“Saya tidak mempunyai bakat didalam live streaming. Tetapi saya punyai senior yang mengalakkan saya untuk cuba sahaja!”

Katanya.

Menjadi seorang pempengaruh bukanlah tugas mudah buatnya yang menyaksikan sebanyak empat akaun TikTok beliau telah ditutup serta merta oleh pengendali aplikasi itu disebabkan jumlah laporan yang diterima.

Baginya kesilapan language barrier bersama penyokong dari Indonesia suatu ketika dahulu adalah perkara yang tidak dapat beliau lupakan.

Kekhilafan kata-katanya waktu itu telah mengakibatkan dirinya kurang digemari peminat Esports disana.

“Saya memikirkan bagaimana caranya untuk mereka ini sayang saya semula?”

“Jadi apabila Malaysia kalah, saya sokong Indonesia. Buat apa nak gaduh-gaduh?”

Penting buatnya untuk seseorang membina empayar tersendiri didalam industri itu dan membangun personaliti sebagai seorang influencer Esports.

Beliau turut mempelajari ilmu menarik lebih ramai pengikut melalui seniorsenior serta kenalan besar beliau didalam bidang terbabit.

“Saya ubah diri saya jadi yang lebih baik. Tetapi kemudiannya ada yang datang tanya kenapa saya tak jadi macam dulu? Mereka mahukan lebih drama!”

Disoal mengenai penerusan kerjayanya masa kini, katanya platform EsportsMY sedang diwujudkan bagi menghubungkan komuniti sukan itu sendiri.

“Dalam Esport ni besar, jika sukakan vibe sukan ini. Banyak corong-corong ke Esports yang boleh kita jelajahi. Tak semestinya perlu jadi player.”